Here we hate artist gossiping but love technology gossiping!

Terbaik Serantau

Thursday, 15 September 2011

Gempak Aje : Sebuah Planet Mengorbit Dua Bintang

Posted by serenity9260 On 19:31 1 comment



Bagi peminat2 astronomi, ini merupakan antara penemuan yang paling menakjubkan sepanjang sejarah sains astronomi. Kebiasaannya memang mudah untuk menemui planet mengorbit sebuah bintang seperti 9 planet mengelilingi sebuah matahari dalam sistem solar ni. Namun, sebuah planet mengelilingi sehingga 2 buah bintang memang menakjubkan, hasil dari penemuan satelit Keppler. Kajian lebih lanjut akan dijalankan ke atas planet ni untuk mengkaji fenomena baru ni

Link asal

Info Aje : Jualan Samsung Mengatasi Apple Di Eropah

Posted by serenity9260 On 19:25 No comments


Perang antara 2 pengeluar smartphone terkemuka, Samsung dan Apple semakin menghampiri kemuncak selepas beberapa siri kes saman menyaman antara Apple dan Samsung. Akhirnya, perkara yang sentiasa menghantui Apple menjadi kenyataan apabila jualan smartphone Samsung berjaya mengatasi Apple dengan Samsung mencatatkan jualan sehingga 4.8 juta unit manakala Apple mencatatkan jualan sebanyak 4.6 juta unit sahaja. Pakar menjangkakan pengeluaran iPhone 5 mungkin tidak cukup untuk menyelamatkan Apple sekarang ni.

Link asal

Cool Aje : Pemanjat Jambatan Memanjat Sebuah Jambatan Di Moscow

Posted by serenity9260 On 19:19 No comments

Pada mereka yang pernah main Assasin's Creed, mesti seronok main panjat2 bangunan tapi bukan semua berani dan ada skill untuk buat macam tu. Beberapa remaja dari Russia yang memang pro memanjat jambatan menunjukkan kehebatan skill diorang dengan memanjat salah sebuah jambatan di Moscow yang nampak gila untuk dipanjat tanpa sebarang alat keselamatan termasuk kabel dan helmet!Let's usha la bro!


Info Aje : Perempuan 5 Tahun Menemui Fossil 160 Juta Tahun

Posted by serenity9260 On 19:01 No comments


Mencari fossil bukan semudah gali lubang kat belakang rumah untuk tanam harta karun. Ia memerlukan ketabahan dan kepekaan pada keadaan sekeliling ketika mencari fossil atau spesimen di kawasan kajian. Kalau jumpa, bersyukur la. Kalau tak jumpa, kesian la. Perempuan ni sememangnya bertuah kerana mampu menemui fossil berusia 160 juta tahun seawal usia 5 tahun. Mungkin dia ada bakat untuk menjadi ahli arkeologi terkenal(kot?)

Monday, 5 September 2011

LOL Aje : Stormtrooper Star Wars Mahu Jadi Bapa Yang Penyayang

Posted by serenity9260 On 22:05 2 comments


Hahahaha, siapa la yang dapat idea buat figura ni jadi macam ni. Yang tak tahan ada mini Stormtrooper sekali, mana la dia rembat agaknya?

LOL Aje : Sukan Tinju Dalam AIr(Video)

Posted by serenity9260 On 22:00 No comments



Aku tataw lah nak kata diorang ni berlakon ke, main2 ke, takde kerja ke atau memang wujud kejohanan London 1939 Underwater Boxing Match Wembley Entire Pool ni. Kita layan je lah

Gadget Aje : HTC Amaze Memiliki CPU 1.5 GHz

Posted by serenity9260 On 21:57 No comments

Syarikat Samsung asyik kena tibai dengan Apple, tapi entah kenapa Apple takut pulak nak tibai HTC ni. Mungkin pengaruh HTC ni lebih besar kot. Terbaru dari HTC, model HTC Ruby Amaze telah pun kelihatan. Dikatakan menggunakan CPU 1.5 GHz, mungkin ni boleh dikatakan smartphone yang grand lah dari HTC ni. Ditambah lagi dengan skrin qHD bersaiz 4.3 inci, 1GB RAM, kamera 8 Megapixel dan kamera depan 2 Megapixel, HTC Amaze sudah bersedia untuk mengujakan orang ramai sebelum ia keluar nanti.

Artikel asal

Info Aje : Galaxy Tab 7.7 Tidak Dibenarkan Memasuki Pameran IFA Di Jerman

Posted by serenity9260 On 21:45 No comments



Nampaknya Apple terus mencari masalah dengan Android, mungkin menyedari yang Android semakin laku dan jualan Apple mula menurun walaupun perlahan selepas persaraan Steve Jobs. Mungkin Apple lebih rela menyekat jualan Android berbanding dimaki semaki makinya oleh peminat2 Android. Kali ni, model Samsung Galaxy Tab 7.7 yang belum dijual lagi, tidak dibenarkan memasuki pameran smartphone, IFA di Jerman!Oi, kalau pameran pun tak kasi masuk, macam mana orang nak review smartphone ni elok ke tak?

Artikel asal

Komen : Peminat2 Android, korang boleh bersabar lagi ke?

Saturday, 3 September 2011

Cool Aje : Rekaan Unik Daripada Tali

Posted by serenity9260 On 22:19 No comments

Sebelum ni ada ditunjukkan macam2 design daripada duit la, syiling la, rambut la. Kali ni kita usha design2 yang cool diperbuat daripada tali. Mungkin ada edit2 sikit supaya nampak mengancam sikit, hehe









Artikel asal

Pelik Aje : Venice Beach Freak Show

Posted by serenity9260 On 22:14 No comments

 Freak show ni boleh kata macam rumah hantu jugak le tapi lebih kepada pertunjukan benda2 pelik. Biasanya boleh dilihat di fun fair atau sarkas, tapi susah nak jumpa kat Malaysia sebab pertunjukan ni akan dikaitkan dengan tahyul, khurafat dan sebagainya. Jom usha apa yang ada kat freak show di Venice ni

























LOL Aje : Kucing Gemuk VS Kucing Belon(Video)

Posted by serenity9260 On 22:02 No comments

Dua2 sama saiz tapi senang je nak agak sape yang menang kot

Cool Aje : Helikopter Khas Untuk Android(Video)

Posted by serenity9260 On 21:56 1 comment

Sebenarnya, nama yang lebih tepat ialah quadrotor, tapi nanti aku sebut nama tu, korang tataw pulak,dah tak sedap tajuknya. Untuk pengguna2 Android, ni merupakan expansion yang patut korang berusaha dapatkan kerana memang cool,seolah-olah korang memang tengah bawak helikopter yang sebenar. Kalau yang lebih advance, boleh spy anak jiran sebelah ke, hantar surat cinta ke, spy bf korang tengah curang ke, wahahaha. Cepat dapatkan AR Drone ni sebaik je benda ni dah mula dijual di Malaysia!

Cool Aje : Membaca Berita Di Cermin Bilik Air

Posted by serenity9260 On 21:42 No comments



Ini mungkin boleh dikatakan antara ciptaan terbaik setakat ni. Selalu tengok filem2 Hollywood tentang ciptaan di masa akan datang antaranya, cermin muka seperti komputer ni. Ia tak perlu terlalu kompleks seperti komputer, hanya perlu letakkan fungsi2 mudah dan sesuai seperti berita, laporan cuaca dan lain2. Dan yang menarik sekali, ia boleh mengesan samada ada manusia di depan cermin atau tidak. Sistem ni akan muncul apabila ada orang di hadapan cermin ni menggunakannya dan boleh dikawal dengan suara(voice command)

Artikel asal

Info Aje : Kenapa Susah Betul Nak Tengok Handset Dari Jepun?

Posted by serenity9260 On 09:47 8 comments

Ada reader minta aku tolong detailkan pasal handset Jepun ni, jadi aku pun akan cuba lah untuk terangkan sebaik mungkin pada korang pasal handset2 di Jepun ni.

Korang rasa Jepun ni satu je ke syarikat dia yang boleh buat smartphone, itu pun Sony yang ada nama orang putih kat belakang tu, Sony Ericsson?Tak pelik ke barang2 elektrik macam TV, peti ais, DVD player, home theater dan macam2 lagi barang2 dari Jepun yang memang terkenal dengan kualiti dan kecanggihannya dalam alat2 elektronik, tiba2 tak reti buat handset?

Untuk pengetahuan, Jepun merupakan antara pengeluar handset yang ditunggu oleh pakar2 teknologi seluruh dunia. Pengeluar handset Jepun dikenali sebagai sindrom Galapagos. Kenapa Galapagos?Galapagos ialah sebuah pulau di mana pulau tu seperti sebuah taman Lost World di mana apa jua jenis haiwan di situ, konfirm takkan ditemui di tempat lain. Sama la macam handset2 Jepun ni. Kenapa?Kerana Jepun antara negara yang tak gunakan GSM yang digunakan secara global di dunia ni. SIM kad emas korang tu menunjukkan tu ialah GSM. Di Jepun, mereka menggunakan network lain yang dikenali sebagai Hypersim kalau tak silap dan kemungkinan lain Operator Telco diorang, lain network mereka gunakan. Telco yang terbesar ialah NTT DOCOMO dan antara Telco terbesar di Jepun dan pengeluar handset terbesar di Jepun.

Seperti di US, syarikat2 Telco seperti Verizon, Sprint, AT&T, dan macam2 lagi meminta agar syarikat2 smartphone terkemuka seperti Samsung dan HTC membuat smartphone versi syarikat2 itu. Situasi ni sama saperti di Jepun cuma syarikat2 ni mempunyai kontrak dengan NTT Docomo atau syarikat2 lain bahawa semua model yang dicipta mesti ekslusif untuk syarikat itu sahaja. Dengan kata lain, model tu memang boleh dijual di bawah syarikat Telco tu sahaja seperti NTT Docomo.

Aku tengah cerita2 pasal kecanggihan handset Jepun ni mesti kata, "kalau handset diorang canggih sangat, awat dalam drama2 aku tengok ramai je pakai Apple ke, Nokia ke?". Untuk pengetahuan korang, oleh kerana handset2 oversea ni tak memenuhi standard yang biasa ditemui handset2 tempatan ni, maka mereka terpaksa menurunkan harga handset2 antarabangsa ni demi market diorang di Jepun. Oleh kerana Apple dan Nokia ni agak terkenal dan bergaya sikit, maka ia antara pilihan alternatif kepada handset tempatan yang mahal sedikit berbanding handset luar negara. Bapak aku beli iPhone kat Jepun keluar rm800 je kot walaupun matawang Jepun lagi mahal dari Malaysia. Boleh bayangkan murah tak murah handset2 luar negara ni?Bak kata diorang, iPhone ni buat baling anjing je,haha.

Satu lagi yang membuatkan handset2 tempatan ni tak boleh keluar dari Jepun ialah kerana nak convert network dari Hypersim kepada GSM ni mahal kos dia. Ada website tu boleh charge sampai 100 USD kalau nak diorang siap convertkan. Kalau convert kat kedai tak tahu la kan tapi nak cari kedai kat Malaysia ni memang selamat tinggal la handset Jepun korang kalau tak convert awal2 lagi.

Aku memang antara peminat barang2 dari Jepun dan ni antara model yang berjaya menarik minat aku








Untuk pengetahuan korang, Sony Ericsson mempunyai rekod penjualan yang lemah di Jepun sebab diorang asyik fikir market luar negara sampai tak reti nak handle market negara sendiri. Mungkin juga sebab nama mat salleh kat belakang Sony Ericsson tu buat orang takde selera nak beli sebab orang Jepun ni memang sayang barang diorang sendiri.

Ada satu lagi perkara menarik pasal handset Jepun ni. Orang Jepun sangat sukakan handset jenis flip atau clamshell(bentuk lipat2). Lalu orang putih pun buat bentuk baru iaitu slide dan touch screen. Diorang pun kata la handset2 flip ni dah ketinggalan zaman. Brader, tengok sikit model SH-01B macam mana dia flip.Bukan flip 180 darjah bai, tapi 360 darjah bai. Omputeh reti ke buat handset macam tu?Secara teknologinya, model flip ni mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada slide tapi biasa la,orangputeh. Konon handset slide diorang canggih sangat. Tanya diorang, kalau betul handset slide canggih, model slide apa ada kamera sampai 12 Megapixel?Model slide apa boleh rekod video HD?Model slide apa ada processor 1 GHz?Tunjuk handset2 Jepun ni kat diorang, malu diorang beb. Bukan senang nak sumbat segala teknologi masuk dalam model flip sebab dah dari segi teknologinya memang susah. Kalau touchscreen memang lah senang nak sumbat apa pun, bentuk pun tak complicated bai.

Secara politiknya, orang puteh taknak diorang dimalukan dengan teknologi2 superb dari Jepun,hahaha

Gadget Aje : Smartphone Pertama Boleh Mengecas Bateri Secara Wireless(Video)

Posted by serenity9260 On 08:48 1 comment

Sebelum aku terangkan dulu, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua orang. Masa dulu2, aku rasa raya kelima masih boleh lagi wish raya, tapi zaman sekarang ni rasa da takde feeling lagi kot lepas hari raya kelima ni. Baru habis cuti kat kampung dan baru dapat pegang laptop ni. Kalau tak, asyik layan orang je lah kerja aku ni.

Cerita ni aku dapat masa raya kedua, masa tengah masyuk2 layan Opera Mini, macam tak percaya pulak apa yang aku jumpa ni. Akhirnya impian ahli fizik Rusia, Nikola Tesla menjadi kenyataan bila dia menjangkakan bahawa teknologi akan datang, elektrik boleh dialirkan secara gelombang. Sekarang, ambik kau!Kata2nya yang dilihat mustahil pada zaman Perang Dunia Kedua tu menjadi kenyataan selepas setengah abad!

Cuma yang merealisasikan kata2 Tesla bukanlah orang Rusia tapi orang Jepun. Syarikat SHARP berjaya mencipta model terbaru, SHARP AQUOS SH-13C yang mana ia merupakan smartphone pertama boleh mengecas bateri tanpa wayar atau wireless!Yeah, takde lagi masalah wayar loose nak cucuk kat handset korang lagi.

Spesifikasi yang ada ialah berkuasa Android 2.3, skrin qHD bersaiz 3.7 inci, beresolusi 540x980, UI TapFlow dan kamera 8.1 Megapixel.



Link asal

Komen : Agak lega bila kebanyakan model baru dari Jepun mula menggunakan Android. Boleh la pilih nanti, haha

Thursday, 25 August 2011

Info Aje : 10 Teori Konspirasi Terkenal Di Dunia

Posted by serenity9260 On 20:16 4 comments

Banyak teori konspirasi yang wujud di dunia ni terutamanya sejak wujudnya internet ni. Macam2 bukti didakwa betul yang datang dari internet tapi nak percaya ke tidak, itu terserah kepada individu tu. Aku pun ada yang percaya, ada yang tak berdasarkan bukti dan logik akal aku macam video raja arab yang aku tunjuk sebelum ni. Yang paling hangat di dunia sekarang ni termasuk di Malaysia ni iaitu teori pergerakan Freemason menakluki dunia dengan New World Order. Setakat ni aku cuma percaya apa yang diterangkan oleh rancangan dokumentari sebab dia ada tunjukkan peraturan macam mana nak mengenali benda tu Freemason ke tak. Kalau setakat ada gambar bintang, kambing, isyarat tangan, baik masukkan sekali kambing dalam senarai najis binatang mughallazah tu. Syarat untuk tahu benda tu Freemason atau tak ialah melihat simbol, bentuk, pengiraan matematik, tarikh, lokasi, tujuan, perkara yang terjadi, kesinambungan peristiwa selepas tu dan sebagainya baru dijatuhkan bahawa benda tu Freemason. Kalau setakat nampak bentuk bulat sikit dah kata mata Freemason, korang korek je lah mata korang tu, dah takde guna dah pasal mata pun nak buat bergaduh. Benda ni kena buat bincang ramai2, tak boleh buat teori sorang2. Skuad The Arrival pun ada 5 orang aktivis yang memang berpengalaman habis dalam buat rancangan dokumentari sendiri. Sekarang ni Noreagaa dan Achernahr disahkan bersara lepas dapat macam2 ugutan seperti bunuh, murtad dan sebagainya.

Cukup aku membebel, jom usha perkara tajuk asal ni, 10 teori konspirasi terkenal dunia!

1. Serangan 9/11 Dirancang Oleh Orang Dalam Kabinet Amerika Sendiri
Benda ni memang terkenal sejak banyak benda yang suspicious berlaku dan didedahkan satu demi satu dari keadaan George Bush sebelum letupan sehinggalah tamatnya perang di Afghanistan. Erm, antara konspirasi yang paling tepat sekali untuk didakwa menjadi betul


2. Pendaratan Alien Di Roswell
Alien ni masa kecik2 aku percaya la. Dah besar, peh segalanya mengarut!Ahli astronomi dah meneroka alam semesta ni sejauh berbillion2 tahun cahaya dengan teleskop, takde satu pun planet yang mampu menyediakan atmosfera yang sebaik Bumi untuk membolehkan hidupan hidup. Planet ada air tu biasa la, tapi planet yang ada tumbuhan, oksigen, tekanan udara yang sesuai dan sebagainya takde yang sepadan dengan Bumi. Kalau ada pun alien ni, bila sampai Bumi konfem tak boleh hidup sebab diorang hidup dalam suasana atmosfera yang lain. Kita hidup pakai oksigen, diorang hidup pakai benda lain agaknya,haha.

3. Pembunuhan John F Kennedy
 JFK ni terkenal sebab antara pemimpin terkenal Amerika kerana memulakan kariernya hanya sebagai pelakon. Kematiannya akibat dibunuh disangsikan apabila ada yang mendakwa wujud tangan2 ghaib yang cuba membunuhnya termasuk dari CIA, FBI, KGB, Federal Reserve dan sebagainya. Kenapa nak bunuh dia?Sebab orang kata dia ni antara pemimpin yang bekerja untuk rakyat Amerika

4. Global Warming Adalah Palsu
Teori ni boleh tahan baru la sebab aku baru dengar masa tahun 2009. Ni kerana saintis mendakwa suhu Bumi memang meningkat sejak tahun 1950(kalau tak silap). Teori global warming diwujudkan untuk mencipta rasa panik manusia. Tapi rasanya teori ni memang sangat diragui sebab tanda2 global warming tu memang jelas



5. Pembunuhan Puteri Diana
 Ni dah diterangkan dalam The Arrival yang dia dibunuh kerana didakwa bercinta dengan seorang putera Arab dan mungkin akan menjejaskan sistem warisan pemerintahan beraja Britain

6. Penaklukan Dunia Oleh Yahudi
 Ni memang dah terkenal sangat dah ni. Bermula dari terciptanya buku Protocols of Elders of Zion, dunia mula merasa sangsi kerana buku tu secara jelas menunjukkan zionis akan menakluki dunia ni dengan cara yang sangat kejam dan ganas sekali.(Pergi baca 40 peraturan orang Zionis dan nilai sendiri betapa dahsyatnya protokol mereka)

7. Pendaratan Manusia Di Bulan Adalah Palsu
Didakwa Amerika cuma berlakon akan pendaratan ni demi memenangi Perang Dingin dengan Rusia di mana angkasawan Rusia, Yuri Gagarin berjaya menjadi manusia pertama mengelilingi Bumi di ruang angkasa.Ni cerita betul. Amerika yang terdesak dengan kecanggihan Rusia tu, mendakwa 3 angkasawan mereka merupakan manusia pertama menjejak bulan. Memang negara kuat menipu betul

8. Serangan Pearl Harbor
Serangan ni merupakan antara serangan yang penting dalam sejarah dunia kerana ia menandakan penyertaan Jepun dalam Perang Dunia Kedua(Macam World Cup pulak boleh jadi peserta ke tak!) dan memiliki kontroversinya yang tersendiri.

Ada pihak mendakwa bahawa presiden Amerika waktu itu, Roosevelt(FDR) mengetahui bahawa serangan itu akan dilakukan dan sengaja membiarkan serangan itu berlaku demi memancing Hitler merancakkan Perang Dunia Kedua(serius diorang buat macam main bola je Perang Dunia ni.Boleh ada masa rancak2 pulak,haha!). Semua kod rahsia Jepun didakwa telah dipecahkan sebelum itu maka mustahil pihak tentera tidak bersedia dengan serangan itu. Kenapa serangan ni boleh pancing Hitler, rujuk Wikipedia ni

9. Rahsia Ketiga Fatima
Ni ada kaitan dengan Kristian, Virgin Mary dan ramalan2 siapa yang memiliki keupayaan seperti Virgin Mary. Aku agak blur pasal isu ni kerana memang aku baru tahu pasal isu ni tapi ni antara konspirasi yang terkenal jugaklah.Sory ye takde briefing kat sini, hanya mampu beri link Wikipedia je

10. Eksperimen Philadelphia
Salah satu eksperimen ketenteraan yang kontroversi dari Amerika. Eksperimen ni didakwa mampu hilang beberapa waktu dari pandangan manusia. Namun, US Navy menafikannya dan mendakwa ia satu cerita palsu.

Namun, ada pihak mendakwa menemui maklumat bahawa eksperimen ni dijalankan oleh seorang professor iaitu Dr Franklin Reno atau Rineheart bahawa nama projek ni ialah Unified Field Theory. Professor itu didakwa menggunakan beberapa teori untuk memesongkan hukum fizik seperti graviti agar kapal US Destroyer boleh hilang dari pandangan manusia. Aku pun tak berapa jelas tentang hal ni tapi kononnya didakwa semua krew2 dalam kapal ni hilang.Yang tinggal cuma kapalnya sahaja

Wikipedia

Artikel asal