Here we hate artist gossiping but love technology gossiping!

Terbaik Serantau

Thursday, 30 June 2011

Cool Aje : Smartphone Android 4.0 Pertama milik Samsung!

Posted by serenity9260 On 18:27 1 comment



Tanpa disangka,Samsung berjaya menarik perhatian Google untuk membuat handset Android versi 4.0.Menurut sumber,ia dijangka diberi nama Nexus Prime.Skrinnya menggunakan sistem Super AMOLED HD.Sebelum ini,Samsung Galaxy menggunakan Super AMOLED yang mana ia menjadi tajuk hangat di mana ia mampu menyaingi kehebatan skrin iPhone 4 iaitu Retina Display.Dijangka Super AMOLED HD yang akan digunakan ini lebih hebat daripada Super AMOLED yang digunakan sebelum ini(da la Super AMOLED,HD plak tu!Memang giler ah handset ni!)

Handset ini mempunyai keupayaan memasuki rangkaian 4G(tak taw la ada GPRS ke tak sebab kebanyakan handset 4G yang ada takde GPRS.Ni antara sebab handset 4G still tak boleh digunakan di Malaysia).Menggunakan resolusi skrin 720p,bersaiz 4.3 inci.Buat masa ini,Google menggelarkan ia sebagai Ice Cream Sandwich.


Mamat ni tengah meramalkan macam mana rupa Nexus Prime ni...

Komen : Biler Malaysia nak dapt 4G ni?

Hot Aje : Stuxnet,Virus Lagenda Yang Berjaya Deactivate Nuclear Iran Berjaya Ditewaskan!

Posted by serenity9260 On 18:13 No comments



Hahaha,hari tu ada baca satu website ni kata ada virus Stuxnet ni power sangat sampai boleh hack satu dunia la,deactivate Iran punya nuklear la.Sekarang ni,Symantec berjaya mematahkan serangan Stuxnet dengan berjaya meneutralkan virus itu dan menghuraikan kod2 yang ada dalam Stuxnet dan akhirnya berjaya mengetahui modus operandinya .

Berdasarkan data yang diterima oleh Symantec,mereka kini mengetahui bahawa Stuxnet merupakan malware yang sangat sulit untuk dibongkarkan mana2 antivirus yang wujud di dunia.Symantec dapat mengenal pasti bahawa terdapat badan besar yang menyokong dan memberi sumbangan dalam pembinaan Stuxnet.Ia merupakan sebuah senjata yang sangat efektif untuk melumpuhkan mana2 musuh yang mempunyai sistem network yang besar.

Cool Aje : Ninja Glock,Dari Casing Handset Jadi Pistol Sebenar!!

Posted by serenity9260 On 17:50 7 comments



Benda ni mula2 tengok macam casinh handset ada,letak botol air ada,dompet ada,casing ipod pon boleh gak.Tapi,ni bukan sebarang casing bro.Dalam casing ni ada ninja glock,sebuah pistol sniper yang mampu menembak pada jarak 20 meter ke 40 meter.Macam yang korang taw,orang biasa sorok sniper dalam beg galas panjang.Ini boleh membuatkan orang sekeliling berasa curiga dengan si pembawa sniper.Sniper itu telah dipecahkan ke beberapa bahagian dan disambung semula apabila hendak digunakan,supaya sniper itu boleh dimasukkan pada bekas yang lebih kecil.Menggunakan teori yang sama,ninja glock dipecahkan ke beberapa bahagian sewaktu melipat casing pistol ini sehingga mampu menjadi seperti casing handset sebesar ini.Dan yang paling menarik,pistol ini boleh lepas dari airport2 terkemuka dunia kerana kain yang digunakan casing ini mempunyai lapisan khas membolehkan ia gagal dikesan oleh mana2 scanner buat masa ini.


Wednesday, 29 June 2011

Cool Aje : 2 Siri Xperia Baru,Xperia Ray Dan Xperia Active

Posted by serenity9260 On 18:15 1 comment

Xperia Active

Xperia Active

Xperia Ray


Sony Ericsson telah melancarkan 2 lagi siri baru Xperia iaitu Xperia Active dan Xperia Ray,di mana kedua-dua handset ini dilengkapi teknologi Mobile Bravia.Dijangkakan handset ini akan dipasarkan pada suku ketiga tahun ini.

Xperia Ray dikatakan mempunyai banyak persamaan dengan Xperia Arc yang telah dipasarkan di Malaysia pada tahun ini cuma saiz Ray lebih kecil iaitu 3.3 inci berbanding Xperia Arc 4.3 inci.Gambar dan video boleh direkodkan dalam HD dan memberikan kepuasan yang lebih kepada pengguna.

Xperia Active sememangnya direka khas untuk orang yang aktif kerana ia tahan lasak,kalis air dan tahan calar.Ia juga hampir menyamai Xperia Ray pada fungsinya.

Tuesday, 28 June 2011

Hot Aje : Seorang Remaja China Menjual Dara Demi iPhone 4

Posted by serenity9260 On 17:28 8 comments

Ni perhiasan je
Makin lama makin murah harga maruah diri manusia ni demi mengejar dunia yang memang konfem kita akan mati satu hari nanti.Seorang remaja China tweet di Weibo(Twitter Chinese Version) menyatakan impiannya mahu memiliki iPhone4 kepada bapanya namun tidak dipenuhi.Dia turut menyatakan kerelaannya untuk tidur dengan seseorang demi memenuhi impiannya(mesti la kena bayar,ingat free ke!).Remaja yang berasal dari Guangdong ini turut menyatakan mahu menjual daranya supaya dia dapat membeli iPhone 4.

Tweetnya mendapat kecaman kerana harga dirinya tak sama dengan iPhone 4 atau apa2 harta duniawi ini.Ada juga yang menyatakan akaunnya dihack untuk memalukan dirinya.


Berita asal klik di sini

Komen : Ada sape2 nak sedekahkan iPhone 4 kat dia sebelum terlambat?

Cool Aje : Sunglass Daripada Rambut Manusia

Posted by serenity9260 On 08:01 No comments




Saintis2 zaman sekarang ni macam2 benda pelik diorang boleh pikir(kalau tak pelik,bukan saintis namenya).Azusa Murakami dan Alexander Groves membuat koleksi pelik dengan mencipta dan menyimpan bingkai sunglass yang diperbuat daripada rambut manusia.Rambut itu dicampurkan dengan resin.Rambut itu akan kelihatan seperti plastik.Sunglass ini juga boleh dilupuskan selepas dibuang.

Cermin mata ini boleh dikatakan sebagai langkah awal untuk menjenamakan barang2 fesyen yang boleh dilupuskan selepas dibuang

Komen : No komen!

Monday, 27 June 2011

Cool Aje : Kapal Mewah Alien Mendarat Di Perairan China (Foto)

Posted by serenity9260 On 22:08 5 comments








Siapa2 pernah main game Halo atau apa2 game perang dengan alien mungkin pernah lihat design sebegini.Kapal ini direka di China atas permintaan seorang pasangan untuk menikmati bulan madu mereka

Kapal ini mempunyai enjin Caterpillar c18 berkuasa 1150hp,2300 rpm.Dua sayapnya pula mempunyai enjin Yanmar berkuasa 110hp.Kapal ini mampu membawa pada kelajuan 22.5 knots.Perabot2 dan segala barang yang ditempatkan di dalam kapal ini direka untuk mengurangkan berat pada kapal ini.

Komen : Kalau boleh terbang lagi smart!

Sunday, 26 June 2011

Trik Aje : Cara2 Nak Unblock Website,Premium Account Dan Pelbagai Lagi Trik

Posted by serenity9260 On 21:32 4 comments



Aku taw ada yang cuba unblock website2 yang baru lepas di ban Malaysia guna cara dalam gambar nih.Tapi,bukan semua orang boleh buat macam ni.Macam aku,aku pun sebenarnya tak boleh ikut cara ni,terpaksa pakai cara lain.Da boleh guna Megaupload,Rapidshare,Fileserve semua tu,hehe.Tapi,tak boleh nak share kat sini sebenarnya.Sebab ni blog,bro.Semua orang orang boleh tengok termasuk golongan2 yang nak mendengki-dengki nih.So,aku bagi cadangan,sempena blog aku yang hampir mencapai 10000 pageviews ni,like la page Facebook yang baru aku buat ni.Aku boleh share apa yang aku taw,korang pon boleh share apa yang korang taw.Keadaan cyber di Malaysia tak selamat seperti negara lain.Ada je benda yang tak boleh.So,mintak maaf banyak2 kepada mereka2 yang suka baca blog ni sebab nak cari tips tapi sejak kebelakangan ni aku da tak post lagi tips2 tuh.Aku ada banyak lagi benda nak kongsi macam premium account megaupload.Ada page tu aku tengok sampai dapat password someone tu.Peh,kejam giler cara tu.Akunye lain,takde main tipu curik2 password orang ni.Cara aku simple,copy paste je,hehe.Nak taw camne,like dulu page yang aku cakap tuh.Tolong promote2 kan kat kawan2 korang,kesian diorang tak dapat nak download2 macam biasa.

Tapi,yang penting,jangan salah faham.Aku bukan hacker,bro.Ni semua aku puas merayau dalam internet cari2 tips2 ni dari sekolah sampai sekarang.Asyik2 orang tanya je macam mana nak buat.Aku pon da penat menjawab sebenarnya.So,aku nak kongsi la ramai2.Bak kata orang,tak elok makan sorang2.Cepat2 sikit like page ni.Aku rasa macam nak tukar tajuk je post ni,melantun sangat,hehe.Untuk seminggu ni,aku biar je nama macam ni.Minggu depan kena la tuka,ada kena block pulak blog ngan page aku ni.

Selamat mencuba ya korang!!


Saturday, 25 June 2011

Cool Aje : Kereta Tanpa Pemandu Google Kini Sah Digunakan Dan Dijual

Posted by serenity9260 On 22:37 2 comments




Hahaha,tengok baik2,siapa yang pegang stereng tu.Ada hantu yang pegang!Nampak tak?Haha,sebenarnya kereta ini dihasilkan daripada kerjasama Google dengan Toyota dan Audi.Dibangunkan oleh Sebastian Thrun,kereta ini mempunyai keupayaan untuk bergerak secara automatik berdasarkan setting yang dikenakan pada GPS milik Google.

Kelengkapan yang ada pada kereta ni ialah ia mempunyai laser untuk mengesan objek dan jalan,mengesan speed trap supaya tidak memandu melebihi had laju dan GPS supaya ia bergerak ke destinasi yang betul.




Erm,video ni masa iorang tengah test drive kereta ni

Setakat ni,model yang ada ialah Toyota Prius Hybrid dan Audi TT Hybrid.Kereta ini telah dibenarkan untuk digunakan di beberapa kawasan di US seperti Nevada.

Komen : Da macam naik kereta api la pulak.boleh tidur kalau mengantuk,hehe.Tengok DVD pun takde orang marah.Tapi,kalau call,cover2 sikit,mane taw kena tahan nanti ngan polis

Cool Aje : Pelajar Sekolah Berjaya Mencipta Kereta Jimat Minyak Sehingga 2000 BatuPer Gellen

Posted by serenity9260 On 09:30 4 comments


Pemenang pertandingan,Sam Chapman-Hill



Di United Kingdom,beberapa sekolah dan universiti mengambil bahagian di dalam Mileage Marathon Challenge di Leicester,England.Setiap pasukan perlu mencipta rekod baru untuk penjimatan minyak untuk kereta.Mereka dibenarkan bergerak sehingga ke tepi pantai namun mesti pada kelajuan minimum sebanyak 15 batu sejam.

Pertandingan itu dimenangi oleh Sam Chapman-Hill.Keretanya bergerak pada kadar 1980 batu per gellen,mempunyai rekabentuk aerodinamik,berat kurang daripada 100 paun dan keseluruhan kereta hampir dibuat oleh plastik dan kaca.

Komen : Hebat la budak zaman sekarang ni

Friday, 24 June 2011

Hacker Aje : Seorang Lagi Hacker Mahu Mendedahkan Identiti Ketua LulzSec

Posted by serenity9260 On 20:07 No comments

Banyak betul hacker yang tak puas hati dengan pemimpin kumpulan hacker professional,LulzSec ni.Ada je orang nak dedahkan identiti dia.Kesiannya.Ramai hacker tak puas hati kerana attitude dia yang hanya menjalankan tugas hacker dengan menerima tawaran dan upah sahaja berbanding hacker underground yang lain yang suka bergerak bebas tanpa sebarang kekangan.

Terbaru,nom de guerre th3j35t3r(ni username dia la)mengatakan telah melakukan DDos(denial of service)ke atas website didakwa milik ketua LulzSec.Dia menambah ketua LulzSec bernama samada Xavier Kaotico atau Xavier de Leon.Website tersebut telah down hari ini namun identiti sebenar ketua LulzSec masih tidak dapat dikesan.

Komen : Nak gaduh,gaduh atas jalan la!

Pelik Aje : Lelaki Amerika Di Kanada Dipenjara 1 Tahun Kerana Memiliki Komik Jepun

Posted by serenity9260 On 19:55 2 comments




Fuh!Kalau macam ni aku tak akan pergi Kanada la sebab aku peminat komik Jepun,hehe.Ini memang kisah benar,baru jadi malam tadi.Comic Book Legal Defense Fund(CBLDF) di Kanada melaporkan mereka menemui komik Jepun itu di dalam laptop pemilik seorang warganegara Amerika.Jika pemilik itu mengaku dan disabit kesalahan maka dia boleh dipenjara selama setahun.Berikut ialah laporan CBLDF(sorry,tak reti english ar nak translate2 ni,hehe):

"
The facts of the case involve an American citizen, computer programmer, and comic book enthusiast in his mid-twenties who was flying from his home in the United States to Canada to visit a friend. Upon arrival at Canadian Customs a customs officer conducted a search of the American and his personal belongings, including his laptop, iPad, and iPhone. The customs officer discovered manga on the laptop and considered it to be child pornography. The client's name is being withheld on the request of counsel for reasons relating to legal strategy.
The images at issue are all comics in the manga style. No photographic evidence of criminal behavior is at issue. Nevertheless, a warrant was issued and the laptop was turned over to police. Consequently, the American has been charged with both the possession of child pornography as well as its importation into Canada. As a result, if convicted at trial, the American faces a minimum of one year in prison. This case could have far reaching implications for comic books and manga in North America."

Pada tahun 2010,pihak polis Jepun telah menghantar Bill 156,sebuah peruntukan undang2 untuk membolehkan Jepun memperluaskan perlindungan ke atas manga atau komik yang keluar daripada negara tersebut.Berikut ialah keterangan yang ada dalam Bill 156:

"any manga, animation, or pictures (but not including real life pictures or footage) that features either sexual or pseudo sexual acts that would be illegal in real life, or sexual or pseudo sexual acts between close relatives whose marriage would be illegal, where such depictions and / or presentations unjustifiably glorify or exaggerate the activity."


Menurut mereka,komik Jepun yang lebih cenderung ke unsur2 lucah dan seks akan diberi keutamaan untuk dilindungi dan dirampas dari individu yang memilikinya secara tidak sah samada dalam bentuk buku atau imej dalam pc

Komen : Sebenarnya panjang lagi paper tu membebel,tapi aku amek isi penting je.Nasib baik la undang2 ni belum sampai Malaysia.

Nak baca full report kat sini ya

Thursday, 23 June 2011

Gempak Aje : Air Beracun Di Sungai,Laut Walau Loji Sekalipun Boleh Diminum Lepas Filter Dengan Filter Ini

Posted by serenity9260 On 20:36 No comments


Air yang warna pink tu air yang penuh dengan bahan kimia seperti logam berat termasuk merkuri


Sorry lah kalau tajuk panjang sangat.Kalau tak panjang,nanti korang tak taw lak apa yang ada kat dalam,hehe.Tapi,memang respek la siapa buat filter ni,sampai mercury pun boleh dia filterkan.Syarikat RICE(nama rice tapi diorang bukan jual nasi!) berjaya mencipta filter ini dan melakukan ujian dengan air yang mempunyai tahap pencemaran yang tinggi.Usha la video tu kalau korang tak percaya,hehe

Komen : Macam2 orang zaman sekarang ni

Gempak Aje : Cas Handset Dan Laptop Anda Dengan Hanya Menaip Atau Tap Pada Touchscreen!

Posted by serenity9260 On 20:11 3 comments

Teknologi akan datang yang sedikit lagi akan menjadi realiti.Tak payah lagi susah2 cari charger,beli charger dan pinjam charger untuk cas handset dan laptop korang.Kajian terbaru tentang teknologi piezoelectric di RMIT University di Melbourne.Para penyelidik di situ berjaya menemui penemuan baru untuk mencipta lapisan filem nipis piezoelectric,untuk menukar kuasa tekanan pada skrin dan keyboard ditukar menjadi kuasa elektrik.Teknologi ini juga boleh digabungkan dengan kasut untuk cas handset sambil berjalan.Tekanan darah juga boleh digabungkan dengan teknologi ini untuk mengecas handset dan laptop supaya lebih tahan lama jangka hayat baterinya.Berikut ialah penerangan daripada Dr. Madhu Bhaskaran

"The technology isn’t quite there yet"

"the next step will be using the piezoelectric materials to generate enough electricity to actually power our devices, and then building them into “low-cost, compact, structures.” We’re dreaming up super thin devices with minuscule batteries that are always on, but the report didn’t suggest how long it will take for that fiction to become fact."

Macam mana korang?Teruja tak bila tengok teknologi ni akan menjadi realiti?Sikit masa lagi dah takde alasan kalau gf atau bf call kata bateri habis,hehe.

Komen : Aku ada masalah senang tertinggal charger handset bila pergi jalan2,hehe.

Wednesday, 22 June 2011

Gempar Aje : Hacker Vs Hacker : LulzSec Dihack Kumpulan Teampoison

Posted by serenity9260 On 21:44 No comments

paparan website Sven yang telah dihack!


Ah sudah,bergaduh pulak diorang nih!Sebuah kumpulan hacker dikenali sebagai TeaMp0isoN_ telah menggodam sebuah website yang dikendalikan oleh Sven Slootweg,dipercayai salah seorang daripada ahli sebuah kumpulan hacker terkenal,LulzSec.Website itu telah dihack dengan tulisan menunjukkan website itu telah dihack.

Kumpulan itu dipercayai mempunyai dua orang iaitu TriCk aka Saywhat? & iN^SaNe.Mereka berdua berasa kecewa kerana LulzSec tidak bertindak secara underground seperti kumpulan lain seperti Anonymous group.LulzSec hanya melakukan tugas menggodam mereka apabila mereka menerima tawaran atau upah daripada pihak2 tertentu.Berikut ialah kenyataan daripada TriCk aka Saywhat? & iN^SaNe

"No matter how many bots you gather, no matter how much people you lie to, no matter how much pre-made tools you use, you will _NEVER_ represent the real hacking scene, we warned you, we told you we do not make empty threats, we gave u 48hrs to secure your ircs yet u failed to do so, instead u posted hashes from public forums and then claimed you doxed us and laughed at the fact that i was 17years old. stop telling yourself that u are hackers, putting a ip into a irc is NOT hacking nor is using pre-made tools and scripts to grab databases... you do not represent the anti-sec movement, u are not allowed to greet underground groups like zf0, ab, h0n0, el8 like your member "AnonSabu" was doing, you will never be apart of the underground scene, if anyone thinks you are underground and can actually hack they have no idea about what happens in the underground scene. oh and TeaMp0isoN Issue 2 is coming out VERY soon exposing lulzsec members (pictures, addresses, passwords, ips, phone numbers etc). . . . not so anonymous anymore are you? lets hope that you can swim because the lulzboat just got titanic'd"

Oleh kerana Sven seorang yang professional,dia berjaya mengembalikan websitenya semula tidak lama kemudian

Komen : Gaduh le pulak,macam macam mana nak attack Malaysia ni,hehe.

Gempak Aje : Anjing Dengan 4 Kaki Palsu

Posted by serenity9260 On 21:21 1 comment



Ketika berusia 5 minggu,anjing yang bernama Naki sudah kehilangan 4 kaki akibat beku di dalam air.

Kerana frostbite,tapak kakinya terpaksa dipotong dan diganti dengan kaki palsu.Mujurlah seorang doktor veterinar Christie Tomlinson mencipta kaki palsu untuk anjing ini.Oleh kerana Naki suka dengan kaki ini,ia diberi secara percuma oleh doktor itu memandangkan dia juga turut merasa puas dapat membantu haiwan itu.


Tuesday, 21 June 2011

Kontroversi Aje : Israel Meminta Apple Memadamkan Sebuah Aplikasi Iphone Dari Palestin

Posted by serenity9260 On 20:16 1 comment


Menteri Informasi Israel Yuli Eldestein menghantar email kepada Steve Jobs untuk membuang sebuah aplikasi pro-Palestin bernama Third Intifada.

Walaubagaimanapun,Apple masih belum memberi respon mengenai perkara ini.Tetapi,menurut syarikat gergasi itu,apps yang berkenaan akan merosakkan terms tentang keagamaan,budaya atau sesebuah kumpulan etnik atau menggalakkan kumpulan sasaran untuk melakukan keganasan.

Komen : Aku bagitau apa yang ada dalam berita je,bukan sokong perbuatan dua ekor nih.Mintak2 la Apple buat bodoh je arahan nih

Gempar Aje : 2 Group Hacker Terkenal,Lulzsec Dan Anonymous Bergabung Untuk Cyber War Akan Datang

Posted by serenity9260 On 19:55 4 comments

Tengah sibuk2 orang Malaysia bercerita tentang Anonymous hacker yang nak menyerang Malaysia,group ini telah membuat kejutan yang paling merisaukan cyber-security di seluruh dunia!Lulzsec telah membentuk pakatan dengan Anonymous untuk satu lagi operasi besar-besaran yang dikenali sebagai Anti-Security.Anonymous pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan membersihkan segala korupsi yang dilakukan oleh negara2 dan syarikat2 gergasi di seluruh dunia pada tahun lalu.Lulzsec memberi tawaran untuk membantu Anonymous ini untuk bergerak dengan lebih efisyen.

Rasa2nya seluruh Malaysia dah tau macam mana group Anonymous ni iaitu mereka bergerak secara bebas tanpa menerima sebarang upah dan arahan.Lulzsec ni apa pulak?Mereka pun bergerak secara underground namun mereka lebih professional iaitu mereka akan menerima upah dan tawaran sebelum melakukan serangan.Tetapi baru2 ni mereka dikejutkan dengan khabar angin bahawa pemimpin mereka(nama tak dapat dikesan sampai sekarang!)telah ditangkap,memandangkan mereka boleh dihubungi melalui twitter.Ini membuatkan kumpulan ini mengalami sedikit masalah dan penurunan dari segi prestasi mereka.

Bersama Anonymous Group,mereka menubuhkan tentera baru mereka dikenali sebagai Lulz Lizard untuk operasi yang akan datang.Menurut Lulz,mereka akan terlebih dahulu menyerang Amerika Syarikat.

Memandangkan mereka baru je bergabung(baru dapat berita semalam) dan Operation Malaysia yang sebenar masih lagi dalam peringkat permulaan,sangat dikhuatiri mereka akan menyerang bersama untuk Operation Malaysia yang seterusnya di mana ada sumber mengatakan serangan kedua berlaku pada 4 Julai ini.



Okey,ni akunya bahagian.Aku nak gitaw lah kan,kalau anonymous yang bergerak secara tak professional pun dah sangat legend,ini kan pulak bila mereka bergabung dengan company besar macam Lulzsec nih.Mereka baru bergabung dan ada kemungkinan mereka akan menyerang bersama pada tarikh di atas.Kerajaan Malaysia ni terus terang aku cakap,degil bila orang mintak unblock balik website2 yang diorang dah block tuh.Ditambah lagi dengan berita diorang dah berjaya mengesan siapa hackers2 tuh.Tapi,dia cakap hacker2 tu 90% orang Malaysia sendiri.Kena ingat,Anonymous hanya serang dua je iaitu website government malaysia dan sabah tourism.Yang lain2 tuh hacker2 yang lain punya kerja.Aku taw ada yang kata boleh tengok aktiviti Operation Malaysia ni dekat website yes.com tuh.Tapi please la,aku bukak semua website2 yang lebih 20 tu bukannya rosak pun,elok je.Yang real diorang punya kerja tengok tahun ni punya,Playstation Network kena hack sampai 3 bulan beb.Itu baru group anon der.Kalau setakat hack pastu 2-3 jam elok balik,haha,suka hati diorang la kan.

Lepas tu aku dengar pulak ada kata nak blok Youtube,Facebook,Blog dan semua file sharing website termasuk 4shared dan Mediafire.Der,anon dah terang2 dia bagitau dia marah kat government malaysia ni sebab blok website.So,takyah la cari gaduh lagi kan?Setakat dapat tangkap hacker2 malaysia,itu pun entah ye le tak tuh takyah nak berlagak la kan?Basic knowledge hacker kalau diorang nak lari dari kena cekup polis,diorang akan duplicate IP address orang lain dan hantar kat ISP,cakap IP address orang ni yang tengah hack padahal orang tu tak bersalah.Sebab tu dekat luar negara senang je kita nak dengar berita orang kena tangkap lepas tu 2-3 hari lepas sebab bukan diorang yang buat.Buat2 korang punya IP address korang yang kena,ke aku yang kena,tak pasal2 free2 rasa lokap 2-3 hari.

Lepas tu impak kat orang lain.Aku cerita dari segi education dulu lah.Sekarang,orang tengah tunggu result upu untuk masuk u nanti dan budak2 yang tengah tunggu result exam.Kalau upu shutdown,abes apa budak2 ni nak buat kalau result lambat keluar?Dateline biasiswa da lepas,diorang nak buat ape?Mintak ptptn?Anak orang kaya pun belum tentu nak amek ptptn tuh,itu memang last choice abes.Lagi satu,yang study dekat IPT ni bukan orang Malaysia je der,orang luar negara pun ramai.Ramai je orang putih amek course dekat u dekat Malaysia ni.Tak ke malu kalau benda boleh settle cara senang tapi tak boleh settle cara senang?Cuba tanya orang2 luar negara ni,negara diorang blok ke semua website2 tuh?

Lagi satu,negara ni bukan orang Malaysia je yang duduk,orang bukan Malaysia pun ada la.Keluarga2 dari orang yang kerja dekat kedutaan tu,pelabur2 asing yang ramai sangat dari luar negara tu.Takkan diorang duduk Malaysia boleh pakai internet yang ada kat Amerika pulak kan?Buat malu je la kat diorang benda2 macam ni pun nak settle cara susah.Tak paham aku.

Komen : Perkara ni ada pro dan kontranya.Tapi,ikut pendapat aku,aku sokong pihak yang ehem2.Tak boleh sebut,nanti jadi isu.

Monday, 20 June 2011

Kontroversi Aje : Seorang Lelaki Korea Mencipta Kotak Untuk Membuang Bayi

Posted by serenity9260 On 19:09 3 comments


Kotak yang digunakan untuk meletak bayi yang dibuang


Apa la orang ni pikir agaknya?Aku faham orang tua ni baik tapi buat macam ni macam bayi tu boleh buang kat dalam kotak ni je.Lagi la orang suka agaknya buang bayi ni.Da buat kerja,pastu buang kat sini tanpa apa2 bukti.Niat orang tua ni baik,nak tolong bayi2 yang tak bersalah tu tapi,suka hati dia lah nak buat macam mana ekk.

Nama orang yang buat kerja ni ialah Lee Jong-rak.Dia menyediakan selimut dan lampu kecil di dalam kotak tersebut untuk keselesaan bayi itu.Sehingga kini,dia dah ada lebih kurang 21 bayi di pusat penjagaannya yang tidak berdaftar.Beberapa persoalan ditimbulkan berikutan tindakan dia.Antaranya ialah:

Adakah kotak ini akan menggalakkan pembuangan bayi?

Dia tidak mempunyai sebarang kemahiran perubatan dan penjagaan tentang bayi yang baru dilahirkan.Adakah jaminan bayi2 itu akan selamat di dalam jagaannya?

Apa yang akan berlaku apabila bayi itu sudah berada di dalam kotak itu?

Bagaimana bayi bernafas di dalam kotak itu?

Bagaimana cara untuk memastikan bayi di dalam kotak ini tidak diculik oleh pihak tidak bertanggungjawab?

Komen : Orang Malaysia jangan nak mengada-ngada tiru apa orang Korea ni buat.Tau la sekarang demam Korea

Cool Aje : Siram Pokok Dengan Kencing

Posted by serenity9260 On 18:56 No comments



Agak2 selalu tak korang kencing kat kebun ke,pokok ke dengan harapan pokok tu akan membesar dengan subur?Hehe.Sebenarnya tak boleh walaupun ada orang kata air kencing ni ada nutrien segala bagai dalam tuh sebab peratusan urine dan urea lebih besar dari nutrien yang ada dalam kencing korang so,kencing korang tetap bahaya kerana urine dan urea tu ialah racun.Walaupun mungkin ada korang dengar baja organik namanya baja urea,baja tu ditapai sampai kering selama beberapa hari supaya bau dan racun dalam tahi2 tu hilang.So,urea tetap bahaya untuk pokok sama bahaya kepada manusia.

Jadi,saintis telah mencipta filter kencing ni supaya lepas ni tak payah la tunggu lembu atau ayam korang berak,pakai tahi korang semua pun boleh,haha.Nama filter ini ialah When Nature Call.

Komen : Lepas ni boleh la bangga cakap "Aku besarkan pokok2 aku dengan tahi aku sendiri".Aku gurau je.

Sunday, 19 June 2011

Giler Aje : Katy Perry Dan Lady Gaga Illuminati

Posted by serenity9260 On 22:30 1 comment






Da biasa kot dengar lady gaga ngan katy perry ni illuminati la,freemason la.Tapi xpe la,aku letak je la dalam blog ni.Aku boleh review tapi nanti la,belum habis review ag video nih.Tajuk lagu Katy Perry : California Girls dan Lady Gaga Born This Way.

Komen : Dunia zaman sekarang

Giler Aje : Lelaki 21 Tahun Dikurung Dalam Kotak Kayu

Posted by serenity9260 On 07:58 No comments

Erm,da besar macam ni pun kena kurung lagi ek?Pe masalah dia ni?Ayah dia mengurung dia dalam kotak kayu ini selama 2 bulan kerana mencuri 3 ekor ayam.Kejadian ini berlaku di Santa Cruz,Bolivia.Mengikut laporan polis dari ayahnya,Johan,21 dikurung kerana mempunyai masalah mental dan dikurung sebagai hukuman.Polis berkeras dengan ayah mangsa agar melepakskan mangsa dari terus dikurung




Komen : Nasib baik kurung je,ada orang pernah kena kurung dalam kotak macam ni pastu guling dekat bukit

Gempak Aje : Istana Muncul Di Tengah-tengah Sungai Huang Shan (Mirage)

Posted by serenity9260 On 07:41 No comments


Nampak macam istana hantu pun ada,huhu.Masa dia zoom dalam video ni memang agak seram sikit la,tapi tengok dari jauh,memang cantik!Fenomena ni berlaku selepas berlaku kabus tebal di sekitar sungai ini.Memang hebat mirage ni sebab nampak real dan besar berbanding mirage2 yang biasa dilihat.



Komen: Kalau jadi kat laut cina selatan,mesti best!!

Saturday, 18 June 2011

Cool Aje : Gambar Kamera 268 Megapixel

Posted by serenity9260 On 07:11 3 comments

          Rilek2,kamera ni tak terjual untuk orang ramai pun.Untuk orang2 astronomi je boleh jumpa kamera ni,itu pon kalau ada la kat Malaysia ni.

          Agak sukar untuk mendapatkan gambar angkasa yang detail menggunakan DSLR yang biasa seperti 15 ke 16 Megapixel.Oleh itu,kamera beresolusi tinggi mesti digunakan untuk mengkaji bintang2 dan angkasa kerana lebih mudah untuk melakukan kajian menggunakan gambar2 beresolusi tinggi ini.Sebab itu gambar2 angkasa yang memang fresh datang dari pusat kajian astronomi gambar besar2 dan cantik2.

Ini antara contoh2 gambar 268 Megapixel menggunakan kamera OmegaCam.






          Terdapat komen yang mengatakan gambar2 yang fresh dari kamera ni tak fit dalam tv 60 inci,bayangkan la macam mana besar dia.Gambar ni pon pas conevert je.

Komen : aku rasa 8 megapixel da lawa da