Here we hate artist gossiping but love technology gossiping!

Terbaik Serantau

Thursday, 16 June 2011

Style Aje : Baju Mengandung Olok-olok!

Posted by serenity9260 On 19:19 No comments


          Erm,ape aku nak kate ekk??Benda ni elok juga la untuk pasangan2 yang baru kahwin la kan,lom pernah mengandung lagi.Boleh la rasa macam mana tiba2 badan jadi berat,macam mana rasa sarat mengandung.Baju ni lebih kurang macam simulasi sebenarlah macam mana jadi orang mengandung.Aku tak berapa pasti lelaki boleh pakai ke tak,tapi kalau nak pakai sangat,pakai sorang2 dalam bilik la.Segan kot pakai baju ni depan orang,haha.



          Kalau tengok gambar tuh korang boleh la teka ni hasil tangan orang jepun.Katanya,benda ni dibuat supaya orang boleh rasa macam mana jadi orang mengandung.di bahagian perut tuh,ada set2 belon dengan 4-liter air,di mana set2 belon tu akan mengembang dan mengecut seperti perasaan bayi menendang perut dan pergerakan yang agak mengelikan dilakukan seperti ada ulat bulu dalam baju tersebut.


          Terdapat 45 set belon dipasang pada baju itu yang berfungsi sebagai simulasi untuk bayi menendang perut.Pergerakan bayi bergoyang disimulasikan dengan pergerakan berirama daripada udara dan belon dalam baju itu.Pergerakan ini sukar diterangkan,maka lihat video lebih baik,hehe.


          Menurut penciptanya,Takuya Iwamoto,baju ini mempunyai touch sensor dan accelerometer yang membolehkan ia melakukan reaksi mengikut pergerakan si pemakai baju.Bila kurang pergerakan,baju ini berada dalam keadaan yang selesa namun akan menjadi sangat sakit apabila si pemakai bergerak dengan aktif(macam dalam video ni apabila si tester ni melompat-lompat).Baju ini boleh mensimulasikan pergerakan bayi dari hari pertama sehingga 9 bulan mengandung dengan set baju yang ada.



Komen : Rasa macam nak pakai pun ada,nak rasa macam mana orang mengandung,haha

0 comments:

Post a Comment