Here we hate artist gossiping but love technology gossiping!

Terbaik Serantau

Friday, 1 July 2011

Info Aje : Loji Nuklear Scotland Ditutup Kerana Obor-obor

Posted by serenity9260 On 17:02 No comments


Tengah Malaysia sibuk2 nak buat kilang Rare Earth,semakin banyak negara mula menutup loji nuklear untuk mengelakkan masalah radiasi.Mula2 di Jepun,kemudian Jerman.Kini,Scotland turut mengikuti langkah mereka.Namun,Scotland mungkin menutup loji nuklear mereka untuk sementara waktu sahaja.Ini kerana berjuta-juta obor-obor dilihat berada di kawasan laut yang berhampiran dengan sistem penyejukan loji itu.Ini kerana mereka bimbang jika obor-obor berkenaan akan memasuki sistem itu dan merosakkan sistem penyejukan,sekaligus melumpuhkan loji nuklear tersebut.

Beberapa nelayan turut membantu pihak berkuasa menangkap obor-obor tersebut berdekatan Dunbar di East Lohan.Operator Torness Nuclear Power Station memberitahu itu sebagai langkah keselamatan.Loji itu mempunyai penapis untuk menapis haiwan2 laut yang akan memasuki air yang digunakan untuk sistem penyejukan.Namun,oleh keerana jumlah obor-obor yang sangat tinggi maka ia terpaksa ditutup untuk mengelakkan sistem itu tersekat serta membunuh haiwan itu dalam jumlah yang banyak.

Komen : Haiwan terutama haiwan dalam air sangat peka dengan gempa bumi.Di Indonesia,ikan akan melompat2 keluar dari pantai beberapa hari sebelum tsunami 2006.Di China,terdapat peristiwa berjuta2 katak berhijrah ke tempat yang baru sebelum tempat itu dilanda gempa bumi seminggu kemudian.Sama ke dengan yang ni?? 

0 comments:

Post a Comment