Here we hate artist gossiping but love technology gossiping!

Terbaik Serantau

Thursday, 25 August 2011

Info Aje : 10 Teori Konspirasi Terkenal Di Dunia

Posted by serenity9260 On 20:16 4 comments

Banyak teori konspirasi yang wujud di dunia ni terutamanya sejak wujudnya internet ni. Macam2 bukti didakwa betul yang datang dari internet tapi nak percaya ke tidak, itu terserah kepada individu tu. Aku pun ada yang percaya, ada yang tak berdasarkan bukti dan logik akal aku macam video raja arab yang aku tunjuk sebelum ni. Yang paling hangat di dunia sekarang ni termasuk di Malaysia ni iaitu teori pergerakan Freemason menakluki dunia dengan New World Order. Setakat ni aku cuma percaya apa yang diterangkan oleh rancangan dokumentari sebab dia ada tunjukkan peraturan macam mana nak mengenali benda tu Freemason ke tak. Kalau setakat ada gambar bintang, kambing, isyarat tangan, baik masukkan sekali kambing dalam senarai najis binatang mughallazah tu. Syarat untuk tahu benda tu Freemason atau tak ialah melihat simbol, bentuk, pengiraan matematik, tarikh, lokasi, tujuan, perkara yang terjadi, kesinambungan peristiwa selepas tu dan sebagainya baru dijatuhkan bahawa benda tu Freemason. Kalau setakat nampak bentuk bulat sikit dah kata mata Freemason, korang korek je lah mata korang tu, dah takde guna dah pasal mata pun nak buat bergaduh. Benda ni kena buat bincang ramai2, tak boleh buat teori sorang2. Skuad The Arrival pun ada 5 orang aktivis yang memang berpengalaman habis dalam buat rancangan dokumentari sendiri. Sekarang ni Noreagaa dan Achernahr disahkan bersara lepas dapat macam2 ugutan seperti bunuh, murtad dan sebagainya.

Cukup aku membebel, jom usha perkara tajuk asal ni, 10 teori konspirasi terkenal dunia!

1. Serangan 9/11 Dirancang Oleh Orang Dalam Kabinet Amerika Sendiri
Benda ni memang terkenal sejak banyak benda yang suspicious berlaku dan didedahkan satu demi satu dari keadaan George Bush sebelum letupan sehinggalah tamatnya perang di Afghanistan. Erm, antara konspirasi yang paling tepat sekali untuk didakwa menjadi betul


2. Pendaratan Alien Di Roswell
Alien ni masa kecik2 aku percaya la. Dah besar, peh segalanya mengarut!Ahli astronomi dah meneroka alam semesta ni sejauh berbillion2 tahun cahaya dengan teleskop, takde satu pun planet yang mampu menyediakan atmosfera yang sebaik Bumi untuk membolehkan hidupan hidup. Planet ada air tu biasa la, tapi planet yang ada tumbuhan, oksigen, tekanan udara yang sesuai dan sebagainya takde yang sepadan dengan Bumi. Kalau ada pun alien ni, bila sampai Bumi konfem tak boleh hidup sebab diorang hidup dalam suasana atmosfera yang lain. Kita hidup pakai oksigen, diorang hidup pakai benda lain agaknya,haha.

3. Pembunuhan John F Kennedy
 JFK ni terkenal sebab antara pemimpin terkenal Amerika kerana memulakan kariernya hanya sebagai pelakon. Kematiannya akibat dibunuh disangsikan apabila ada yang mendakwa wujud tangan2 ghaib yang cuba membunuhnya termasuk dari CIA, FBI, KGB, Federal Reserve dan sebagainya. Kenapa nak bunuh dia?Sebab orang kata dia ni antara pemimpin yang bekerja untuk rakyat Amerika

4. Global Warming Adalah Palsu
Teori ni boleh tahan baru la sebab aku baru dengar masa tahun 2009. Ni kerana saintis mendakwa suhu Bumi memang meningkat sejak tahun 1950(kalau tak silap). Teori global warming diwujudkan untuk mencipta rasa panik manusia. Tapi rasanya teori ni memang sangat diragui sebab tanda2 global warming tu memang jelas



5. Pembunuhan Puteri Diana
 Ni dah diterangkan dalam The Arrival yang dia dibunuh kerana didakwa bercinta dengan seorang putera Arab dan mungkin akan menjejaskan sistem warisan pemerintahan beraja Britain

6. Penaklukan Dunia Oleh Yahudi
 Ni memang dah terkenal sangat dah ni. Bermula dari terciptanya buku Protocols of Elders of Zion, dunia mula merasa sangsi kerana buku tu secara jelas menunjukkan zionis akan menakluki dunia ni dengan cara yang sangat kejam dan ganas sekali.(Pergi baca 40 peraturan orang Zionis dan nilai sendiri betapa dahsyatnya protokol mereka)

7. Pendaratan Manusia Di Bulan Adalah Palsu
Didakwa Amerika cuma berlakon akan pendaratan ni demi memenangi Perang Dingin dengan Rusia di mana angkasawan Rusia, Yuri Gagarin berjaya menjadi manusia pertama mengelilingi Bumi di ruang angkasa.Ni cerita betul. Amerika yang terdesak dengan kecanggihan Rusia tu, mendakwa 3 angkasawan mereka merupakan manusia pertama menjejak bulan. Memang negara kuat menipu betul

8. Serangan Pearl Harbor
Serangan ni merupakan antara serangan yang penting dalam sejarah dunia kerana ia menandakan penyertaan Jepun dalam Perang Dunia Kedua(Macam World Cup pulak boleh jadi peserta ke tak!) dan memiliki kontroversinya yang tersendiri.

Ada pihak mendakwa bahawa presiden Amerika waktu itu, Roosevelt(FDR) mengetahui bahawa serangan itu akan dilakukan dan sengaja membiarkan serangan itu berlaku demi memancing Hitler merancakkan Perang Dunia Kedua(serius diorang buat macam main bola je Perang Dunia ni.Boleh ada masa rancak2 pulak,haha!). Semua kod rahsia Jepun didakwa telah dipecahkan sebelum itu maka mustahil pihak tentera tidak bersedia dengan serangan itu. Kenapa serangan ni boleh pancing Hitler, rujuk Wikipedia ni

9. Rahsia Ketiga Fatima
Ni ada kaitan dengan Kristian, Virgin Mary dan ramalan2 siapa yang memiliki keupayaan seperti Virgin Mary. Aku agak blur pasal isu ni kerana memang aku baru tahu pasal isu ni tapi ni antara konspirasi yang terkenal jugaklah.Sory ye takde briefing kat sini, hanya mampu beri link Wikipedia je

10. Eksperimen Philadelphia
Salah satu eksperimen ketenteraan yang kontroversi dari Amerika. Eksperimen ni didakwa mampu hilang beberapa waktu dari pandangan manusia. Namun, US Navy menafikannya dan mendakwa ia satu cerita palsu.

Namun, ada pihak mendakwa menemui maklumat bahawa eksperimen ni dijalankan oleh seorang professor iaitu Dr Franklin Reno atau Rineheart bahawa nama projek ni ialah Unified Field Theory. Professor itu didakwa menggunakan beberapa teori untuk memesongkan hukum fizik seperti graviti agar kapal US Destroyer boleh hilang dari pandangan manusia. Aku pun tak berapa jelas tentang hal ni tapi kononnya didakwa semua krew2 dalam kapal ni hilang.Yang tinggal cuma kapalnya sahaja

Wikipedia

Artikel asal

Cool Aje : Berlian Terbesar Merupakan Sebuah Planet

Posted by serenity9260 On 19:37 1 comment

Orang selalu jumpa batu2 berharga seperti berlian, nilam, zamrud dan sebagainya yang harganya sangat mahal. Semakin besar saiznya, semakin mahal pula harganya. Jadi kalau batu berlian sebesar planet Musytari ni agaknya berapa harganya?Paling mahal aku pernah dengar cincin berharga 24 juta USD yang kontroversi tu,hehe.

Berlian sebenarnya hanyalah sebuah karbon yang semampat kristal membuatkan ia berkilat. Planet ini sepenuhnya terdiri daripada karbon. Maka, saintis membuat teori bahawa tarikan graviti dalam planet itu membuatkan permukaan karbon itu ditekan sehingga mampat menjadi karbon. Namun, kepada mereka yang gemarkan berlian terutama jenis yang mahal, planet ni sangatlah jauh untuk dibuat cincin kerana ia berada pada jarak 4000 tahun cahaya.

Artikel asal

Cool Aje : Cermin Mata Yang Ada Subtitle Dari Sony

Posted by serenity9260 On 19:27 No comments

Amerika merupakan antara negara pengeluar filem2 blokbuster terbesar dunia. Maklumlah, kalau under Hollywood, diorang akan cuba yakinkan dan promote semua orang yang cerita tu best padahal biasa2 je. Maka, kebanyakan filem di Amerika memang tiada subtitle melainkan kalau filem tu dari luar Amerika. Sony melihat ini sebagai peluang untuk mencipta produk baru bagi membantu golongan tertentu terutama golongan cacat pendengaran dengan menyediakan cermin mata yang boleh memaparkan subtitle sewaktu menonton filem dalam wayang. Tapi rasanya berguna jugak cermin mata ni pada orang lain sebab bukan jelas pun apa orang2 yang berlakon ni cakap.



Wednesday, 24 August 2011

Cool Aje : Rupa Rekabentuk Kejohanan Rekabentuk Pasir Pantai Sedunia

Posted by serenity9260 On 22:06 2 comments


 Siapa reti buat istana pasir kat tepi pantai? Aku dulu hanya mampu buat bukit pasir je, tu pun runtuh, hahaha. Rasanya nak masuk pertandingan ni memang takde harapan la, tapi kalau siapa2 yang rasa berbakat tu, boleh la try. Rekaan2 kat sini seriusly superb!Nak kata main Photoshop pun boleh sebab design ni really nice. Tapi realitinya memang tak edit, originally tangan diorang sendiri!













Gempak Aje : Video Sebuah Black Hole Menelan Bintang!

Posted by serenity9260 On 21:59 3 comments

Satelit Swift NASA mengesan bentuk letupan yang aneh di ruang angkasa buruj Draco. Para saintis mendakwa black hole tu memiliki tenaga sehingga 2 kali ganda 4 juta jisim matahari(anggaran 8 juta jisim matahari), berada di tengah2 Galaksi Milky Way, tempat tinggal Bumi(jauh rasanya)



Komen : Langit pun mula menunjukkan tanda2 akan musnah

Cool Aje : Ni Bukan Bilik Hotel, Ni Driver Seat Kereta Kebal APC China!

Posted by serenity9260 On 21:51 1 comment

Kita selalu tengok yang driver seat dalam kereta kebal agak sempit. Tapi berbeza dengan kereta kebal APC China ni, bilik ni rasanya lebih elok dari mana2 asrama pelajar yang ada kat Malaysia ni dan boleh sampai standard hotel paling cikai 2 bintang agaknya aku bagi,haha. Ini merupakan YLGA01 8x8 SWAT


Artikel asal

Komen : Betul la China dah makin maju

Info Aje : Cara Sebenar Pejuang Syria Mengecas Handset Mereka

Posted by serenity9260 On 21:44 No comments

 Dalam entri sebelum ni, ada diberitahu bahawa pejuang Syria mengecas handset mereka menggunakan air dan bateri Duracell. Namun ini menimbulkan salah faham dan salah seorang aktivis Syria, Omar Maqdad terbaca artikel tentang itu di internet. Dia menjawab salah faham itu dengan menerangkan, mereka meletakkan sebuah portable charger(gambar) di dalam mug tanpa air. Mereka melakukan ini untuk menelakkan rasa curiga pada tentera kerana mereka tak boleh membawa beg yang kelihatan mencurigakan kerana akan diperiksa dalamnya.


Artikel asal

Komen : Stail charger ni, kenapa tak pernah jumpa pun?

Cool Aje : Remaja Ni Mencipta Nuclear Reactor Pada Usia 14 Tahun!

Posted by serenity9260 On 21:32 No comments

Muka ada sikit macam Justin Bieber tapi dia tak sebodoh Bieber. Sebelum mencipta nuclear reactor ni, dia terlebih dahulu mencipta bom pada usia 10 tahun. Pada umur 14 tahun, dia berjaya mencipta rekod dunia sebagai pencipta nuclear reactor termuda dunia!(Aku dah habis sekolah pun tataw nak buat cocktail molotov!). Kini, Taylor Wilson sudah berusia 17 tahun.Mengikut beliau, mungkin anak orang kaya agaknya, pada usia 11 tahun dia sudah pandai membeli plutoniumnya dan menggali uranium. Dia memang seorang yang obeses dengan dunia radioaktif(aku pun minat,tapi minat je la,tanak belajar,haha).
Wilson bersama mentornya, Bill Brinsmead
2 tahun lalu, Jabatan Keselamatan US mendengar tentang kehebatan dia ni. Dia telah dipanggil untuk satu sesi temuduga Oleh kerana beliau baru 15 tahun, tiada apa yang mereka jangkakan menarik dari beliau. Namun, mereka terkejut apabila Wilson dengan berani mengatakan pejabat mereka mempunyai radioaktif. Mereka terkejut dan pemeriksaan dijalankan. Benar kata budak ni dan mereka sendiri tidak tahu bahawa pejabat mereka ada kesan radioaktif

Artikel asal

Komen : Jangan sebab dia orang putih, itu alasan dia pandai. Kita orang Melayu pun boleh pandai juga macam dia ni.

Tuesday, 23 August 2011

Gadget Aje : Laptop 3D Superphone Display Resolusi Tinggi Dari LG

Posted by serenity9260 On 21:06 No comments

Awek dalam gambar ni memang lawa tapi bukan tu yang aku nak fokuskan. Terus terang aku merupakan antara orang yang minat dengan barang2 LG ni sebab memang kena dengan hidup Multimedia aku. Aku perlukan gadget yang mampu bawa grafik beresolusi tinggi, sound yang superb, gaming system yang mantap, UI yang lain dari yang lain dan paling penting LG tak terkenal kat Malaysia, wakakakaka. Aku memang tak suka pakai barang yang orang selalu cari atau cari minat yang yang biasa sangat jumpa kat Malaysia ni. Bila orang nak ambik lagu dekat handset aku, selalu tanya ni band mana kau sebat ni?Hehe.

Sayangnya LG ni barang2 dia bukan senang nak cari yang murah sebab susah nak cari handset dia yang simple2 macam Lolipop dan Ice Cream kat Malaysia ni(tu nama model handset LG, bukan makanan!). Hari tu aku ada review pasal LG Optimus 3D yang aku rasa dah tenggelam populariti dia tapi handset tu memang best dengan function 3D superb dia.Kali ni LG nak perkenalkan laptop berkonsepkan gaming laptop bergrafik 3D. Bunyi memang mengancam!Model LG A530 ni mempunyai skrin 15 inci resolusi 1920x1080 HD. Yang terbaik ialah laptop ni ada webcam 3D! So kalau buat aksi lebih2 depan webcam tu, mesti member yang tengah chatting tu terlebih feel rasanya!Tambah lagi dengan memori 8GB RAM, erm, ni mungkin laptop yang mampu memberi saingan pada Alienware M17 pada mata aku.

Satu lagi yang LG akan lakukan ialah LG telah berjaya menyiapkan projek mega mereka iaitu LG’s Advanced High Performance In-Plane Switching (IPS) LCD. Apa kejadahnya projek ni? LG bakal membuka arena baru dalam smartphone apabila dia turut berjaya menyediakan teknologi displaynya sendiri seperti AMOLED dan Retina Display(Apple).Diringkaskan kepada AH-IPS, teknologi ni berjaya mengatasi teknologi Super AMOLED milik Samsung dan HTC dari segi display HD dan bekalan kuasa. AH-IPS mampu menyokong resolusi sehingga 1280x720 HD, maksudnya kalau korang habis download movie yang Blu-RayRip pakai handset LG ni, tak perlu convert nak kecikkan skrin, terus je play dalam LG ni(kalau laju la download pakai handset dekat Malaysia ni).

Mungkin LG akan terlepas perang smartphone pada bulan September ni tapi siri AH-IPS dari LG ni pasti akan membuatkan Steve Jobs terpaksa panggil anak buah dia sama2 kerut kepala apa yang diorang patut buat untuk iPhone 6!(sebab iPhone 5 dah siap, jadi tak boleh nak renovate lagi dah,hehe).

Komen : Go LG!

Cool Aje : Berjalan Di Atas Kabel Tanpa Keselamatan(Video)

Posted by serenity9260 On 20:44 No comments

Masa kecik2 dulu selalu berjalan atas batang besi ke, atas buaian ke, atas bahu jalan tu ke nak test balance dan lumba dengan kawan. Kalau dah power, apa kata try lumba dengan mamat Belanda ni.


LOL Aje : Antara Captcha Yang Paling Menyusahkan Orang

Posted by serenity9260 On 20:34 1 comment

Captcha ni gunanya untuk keselamatan apabila nak login atau download atau apa2 je lah yang gunakan captcha ni. Kadang2 kita boleh jumpa captcha yang pusing kepala jugak macam mana nak tulis macam simbol infiniti. Ni antara 3 gambar captcha yang memang menyusahkan orang



Cool Aje : Bangunan Yang Mampu Menahan Gegaran 8.0 Skala Richter

Posted by serenity9260 On 20:28 4 comments


Di negara2 lain terutama negara yang terletak di zon bencana alam membina bangunan yang ada standard keselamatan yang lebih ketat berbanding negara zon bebas seperti Malaysia, Singapura dan Brunei. Kebanyakan bangunan terutama bangunan yang lebih tinggi perlu kukuh dan kuat untuk menahan gempa bumi atau taufan.

Banyak bangunan yang tahan gempa bumi, sebab tu dengar berita Amerika ke, Jepun ke kalau kena dalam 5 ke 7 skala Richter pun steady je(cuma yang baru2 ni Jepun tak boleh tahan la sebab 9.0 skala Richter). Tapi, sebuah bangunan di Istanbull, Turki iaitu Lapangan Terbang Sabiha Gökçen, mampu menahan gegaran sehingga 8.0 skala Richter(belum kena lagi sebenarnya). Bangunan ni dibina dengan 300 penahan seismic yang dibuat dari konkrit khas untuk menahan gegaran gempa bumi. Bangunan ni telah menjalani sehingga 14 simulasi gempa bumi dan ia berkesan untuk menahan gegaran 7.5 hingga 8.0 skala Richter.



Saintis meramalkan akan berlaku satu gempa bumi yang maha dahsyat di Turki selepas tahun 2030(ramalan je, tapi kena ambik serius jugak)Ramalan saintis



LOL Aje : Bikini Design Game Boy

Posted by serenity9260 On 20:09 No comments

Ni nasib baik model yang tutup badan sikit, kalau yang bukak besar2 tu macam mana design dia ekk?

Sunday, 21 August 2011

Cool Aje : Sukan Skyliner Menguji Fobia Tinggi(Video)

Posted by serenity9260 On 20:36 No comments

Fobia atau takut tinggi merupakan antara perasaan yang normal pada manusia. Setakat panjat2 atas bumbung bangunan pencakar langit kata tak takut atau buat sky diving, memang lah boleh kata tak takut. Tapi cuba tanya orang yang pernah main bungee jumping la paling kurang. Lain maa feeling dia. Ni pulak berdiri atas kabel nipis yang entah kuat ke tak nak tampung berat korang(mesti la da ikut safety measure). Sepanjang korang berada atas tali ni, terutamanya pada first timer atau freshie mesti fikir, "Janganlah putus tali oii!". Kalau buat sukan ni dekat Menara Berkembar Petronas tu mesti best tengok.

Cool Aje : Peserta Lumba Lari Olimpik Yang Menggunakan Kaki Palsu

Posted by serenity9260 On 20:27 No comments

Aku tak cerita Paralimpik, aku cerita pasal Olimpik yang Usain Bolt and the gang masuk tu. Berbekalkan kaki karbon fiber, peserta dari Afrika Selatan, Oscar Pistorious mampu mencatat masa 45.07 dalam acara 400m. Walaubagaimanapun, usaha dia mendapat tentangan daripada saintis Jerman kerana mendakwa kaki palsu model Cheetah Flex-Foot ini mempunyai prestasi 30% lebih baik daripada kaki manusia normal termasuk kaki Usain Bolt!Namun, nasib menyebelahinya kerana peraturan membenarkan dia menyertai perlumbaan Olimpik pada awal kariernya. Dia pernah gagal dalam ujian kelayakan Sukan Olimpik Beijing namun kali ni dia berjaya melepasi ujian itu dan kini akan mewakili negaranya, Afrika Selatan untuk berlawan dengan pelumba2 400m ternama yang lain.

Artikel asal

Komen : Aku taw la Usain Bolt masuk 100m dengan 200m je. Saja sebut nama dia sebab aku kenal Usain dengan Asafa Powell je sekarang ni

Info Aje : Perbezaan Broadband Malaysia Dan USA(Ada Beza Ke?)

Posted by serenity9260 On 20:14 4 comments


Ramai orang tak suka broadband sehingga menggelarnya broadband, tapi terpaksa jugak beli sebab tak selalu duduk rumah, internet kat kampus lembab, saja2 nak beli dan sebagainya. Pernah usha broadband negara lain punya speed tak?Sama ke?Lembab macam Malaysia ke?Idea nak menulis ni timbul bila aku try nak test internet speed, tiba2 ternampak pulak dia tulis situ broadband. Kat US ada kelas2 broadband dia iaitu T1, T2, T3 dan T4.Paling laju T4(247 mbps) dan paling lembab T1(1.5 mbps).Bandingkan dengan Malaysia, aku tengok 2 syarikat broadband yang famous ni lah, Maxis dengan Celcom.Paling lembab, 512 kbps dan paling laju 7.2 mbps, itu pun kalau hotspot. Tapi pernah jugak aku dengar kalau hotspot tapi kat bandar yang ada hotel ngan kondo mewah, orang kaya je la yang layak pakai broadband ultimate atau pro ni.Kat US atau negara lain takde istilah hotspot2 ni.Ada istilah 3G atau HSDPA je.Kawasan 3G 3.6 mbps,kawasan HSDPA 7.2 mbps.Kat US special sikit, ada kawasan T1 sampai T4. Dengar cerita, negara luar boleh request jugak servis T1 sampai T4 ni, tapi rasanya tayah la buat, nanti macam2 kontroversi keluar pulak. Kata tak support negara la, support Yahudi la, petualang negara la, pengkhianat negara la. Sebab kontroversi2 bodoh ni la kita akan sentiasa duduk dalam suasana tak maju sampai dah takde siapa2 kat Malaysia ni ada fikiran macam tu.

Kalau diorang Yahudi pun, buat marketing bijak sikit la. Macam KFC Malaysia, bagus ada syarikat ambil inisiatif beli saham diorang sikit2, lepas tu KFC Malaysia ni full under syarikat Malaysia. Bukan bawah orang putih lagi. Maybe diorang dapat la duit tapi sikit la, tak sebanyak dulu.

Tu dah masuk politik pulak. Satu lagi perkara menarik pasal broadband kat Malaysia ni ialah korang tulis broadband sucks kat google search.Korang dapat tak gambar macam aku dapat ni





Kalau korang nak kata ni result sebab kita duduk Malaysia, mana boleh kata macam tu. Website pasal US pun ada,hehe. Lagipun, result Google search ni biasa ikut Alexa atau pagerank. So, korang boleh pikir sendiri la negara mana yang suka cari kenapa broadband negara diorang sucks. Di US, masalah broadband suck bermula pada tahun 2002 sebab dulu syarikat FCC je yang boleh buat broadband.Tapi sekarang ada Verizon Wireless, T-Mobile, Sprint 4G, dah lingkup dah syarikat ni,haha.

Satu lagi yang aku nak bandingkan ialah kelajuan internet. Orang selalu bangga Streamyx dengan Unifi lagi laju dari orang yang pakai broadband. Sayangnya korang cuma boleh jumpa fenomena ni kat Malaysia je. Bangga tak?Negara lain pula, broadband lebih laju dari internet kabel. Tapi yang ada Unifi memang patut bangga la sebab internet jenis Optic Carrier atau OCC ni jenis internet yang terpantas. Tapi nak kerek ke dengan orang yang pakai broadband kelas T3?Broadband kelas T3 lajunya ialah 45 mbps sedangkan Unifi Malaysia yang aku tengok 20 mbps je.Tu lah yang paling laju Malaysia boleh buat.

Ni jenis internet yang sepatutnya standard ada di seluruh dunia



Sumber

Okey lah, tu kalau perbandingan dengan negara orang putih.Meh tengok Singapore pulak.


Bawah ni pulak Malaysia



20 mbps dengan 200 mbps. Ada beza tak?Kang aku compare dengan Indonesia, korang nak ke standard internet kita ni sama macam Indonesia je?Yang tu aku taknak tunjuk la, korang research sendiri.

Erm, taley citer lebey2, nanti orang kata "Kalau nak internet laju, pegi le US tu!"Susah nak cerita kat orang yang ada otak macam ni. Suka tengok negara punya internet lembab, tapi bila dengar kawan2 yang belajar kat oversea tu cerita pengalaman kat luar negara, taw jeles pulak!Celcom dengan Maxis, salah sorang dari korang ni pakat la dengan Verizon ke, Sprint ke, T-Mobile ke apply kan teknologi broadband diorang kat sini.Susah ke?Celcom boleh join Vodafone, tapi macam takde hasil. Just panggilan IDD jadi murah sikit je. Setakat nak senangkan hidup orang Malaysia yang kat luar Malaysia, buat apa?Pe kata Maxis try gabung dengan Sprint?Komuniti2 blogger orang putih selalu kata Sprint 4G sekarang syarikat broadband network terbaik di US.

Komen : Tolong anggap artikel ni sebagai pencetus semangat nak berubah, bukan nak buat kontroversi