Here we hate artist gossiping but love technology gossiping!

Terbaik Serantau

Sunday, 14 August 2011

Gadget Aje : Spesifikasi HTC Ruby,Smartphone Terbaru HTC

Posted by serenity9260 On 21:53 No comments

Untuk kaki2 gadget dan pembaca blog ni,semua dah taw bahawa bulan 9 ni merupakan bulan pelancaran banyak handset baru yang akan dikeluarkan.Boleh dikatakan sebagai perang antara syarikat smartphone terkemuka di dunia.Walaupun HTC belum mengeluarkan apa2 kenyataan,tapi memang ada kemungkinan bahawa dia mungkin akan turut serta dalam perang ini dengan model terbarunya yang masih dirahsiakan pelancarannya,HTC Ruby.

Berdasarkan spesifikasi yang dikantoikan setakat ini,ia seperti mengatasi Samsung Hercules 4G yang pernah dilaporkan sebelum ini dan mungkin bakal mengatasi iPhone5,sekaligus menamatkan penguasaan iPhone dalam pasaran smartphone(mati la kau,iPhone! :P ).HTC Ruby memliki prosessor 1.5 GHz, skrin 4.3 inci qHD, kamera 8 MP, kamera hadapan 2 MP, 1GB RAM dan Bluetooth 3.0.Jangan risau,ia memiliki Wifi, Android 2.3 Gingerbread dan internet HSPA+.Dengan spesifikasi sehebat ni,iPhone5 mesti mempunyai spesifikasi yang lebih baik atau pasaran mereka akan turun.

Jika HTC berminat untuk menyertai perang ini,maka jumlah peserta yang ada ialah 4 iaitu Apple(iPhone 5), Acer(Acer Iconia Smart), Samsung(Samsung Hercules 4G), dan HTC(HTC Ruby).Adakah Apple akan lawan secara adil atau lawan macam pondan dengan menyekat penjualan smartphone lain seperti yang berlaku pada Samsung Galaxy Tab di Eropah?(salah satu sebab kenapa Apple kekal di atas kerana Apple banyak songeh kat mahkamah claim macam2 ke atas syarikat2 yang dia dakwa meniru iPhone dan iPad)


0 comments:

Post a Comment