Here we hate artist gossiping but love technology gossiping!

Terbaik Serantau

Saturday, 20 August 2011

Info Aje : IBM Mencipta Processor Seperti Otak Manusia

Posted by serenity9260 On 18:29 No comments

Jika IBM berjaya melaksanakan projek ni, IBM sekali lagi akan mencipta revolusi dalam arena komputer. Dahulu IBM terkenal sebagai pencipta komputer pertama, kini IBM akan mencipta nama dengan mencipta komputer berupaya berfikir sendiri. Dipanggil sebagai synaptic processor, ia sebuah projek untuk mencipta komputer mampu bertindak secara automatik kepada tindakan normal penggunanya pada komputer. Contohnya macam tiba waktu pengguna malas nak pakai Facebook dan nak main game atau buat kerja lain tanpa tutup komputer, chip ni boleh menutup dan sign out sekali dari Facebook tu. Boleh juga digunakan sebagai penganalisis perniagaan sebab kebanyakan komputer sekarang hanya boleh keluarkan statistik dan nasihat berdasarkan statistik yang dikeluarkan komputer tu sendiri dan ia tidak mempedulikan faktor global seperti masalah politik, bencana alam dan sebagainya yang boleh mempengaruhi pasaran global. Dijangka projek ni bakal menjadi penawar kepada masalah ekonomi yang melanda dunia Eropah dan Amerika yang dijangka tak boleh diselamatkan lagi berdasarkan faktor hutang dan politik yang melampau!

0 comments:

Post a Comment